Latest Posts

Wednesday, September 22, 2010

Hot News:9 killed in bomb attack on Iran military parade

TEHRAN: Nine Iranians were killed and dozens wounded Wednesday in a bomb attack on a military parade in the northwestern Kurdish town of Mahabad, Iran’s Arabic-language television channel Al-Alam said.
“The explosion happened in the morning as people were watching the military parade and it left nine dead and dozens wounded, mostly women and children. The explosives were in a bag,” Al-Alam said.

Provincial governor Vahid Jalalzadeh confirmed the casualties to the official IRNA news agency.

“Counter-revolutionaries committed this savage act with the aim of taking revenge on the people of Mahabad” in West Azarbaijan province, he said.


The attack took place as Iran marks the 30th anniversary of the start of the eight-year Iran-Iraq war, during which army parades were staged across the country.

Western Iran, which has a sizeable Kurdish population, has seen deadly clashes in recent years between the Iranian security forces and Kurdish rebel groups, mainly the Party of Free Life of Kurdistan (PJAK) operating from bases in neighbouring Iraq. -- AFP-NSTnews

read more...

Badrul Muhayat Bercerai

HULU LANGAT: Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat hari ini mengesahkan lafaz cerai talak satu pelakon Badrul Muhayat dengan isterinya, Julia Daud
Berita Harian 22/09

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, pagi ini atas dua tuduhan memukul isterinya, Julia Daud, bulan lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Cheras Baru di sini atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menumbuk muka, dan menendang perut, serta memukul mangsa dengan batang penyapu di punggung dan kaki. Jika sabit kesalahn Badrul, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000. Julia menghantar representasi untuk menarik balik laporannya itu tetapi ditolak oleh Unit Pendakwaan.
Berita Harian 04/06
read more...

Berita Panas:Kes Bunuh Sosilawati:Lagi Mangsa Dipercayai Dibunuh

Kontraktor, rakan hilang selepas temui suspek utama kes pembunuhan
jutawan kosmetik


KUALA LUMPUR: Dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, April lalu.
Shafik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya itu dilaporkan hilang oleh keluarga mereka lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan. Sumber memberitahu Berita Harian, buat masa ini, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kaitannya dengan suspek utama kes Sosilawati.
Kehilangan mereka sudah dirujuk kepada Ibu pejabat Polis Daerah (Brickfields) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, melihat kepada modus operandinya, besar kemungkinan kehilangan mereka ada kaitan dengan suspek utama, katanya.

Sumber berkata, modus operandi kehilangan dua sahabat itu hampir sama dengan kes membabitkan jutawan kosmetik berkenaan sebelum dibunuh bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 di sebuah ladang persendirian milik suspek di Morib, Banting.
Kedua-dua mangsa memberitahu keluarga masing-masing hendak ke ibu negara bertemu seseorang (peguam), dipercayai suspek utama kes Sosilawati atas urusan perniagaan sebelum hilang.

Malah, telefon bimbit juga gagal dihubungi, menyebabkan keluarga masing-masing diselubungi kebimbangan, lebih-lebih lagi selepas kes Sosilawati terbongkar.

Polis menemui kereta jenis Honda Stream milik Shafik di sebuah kondominium di ibu negara Mei lalu selepas keluarga mereka membuat laporan polis.

Polis ketika itu menyiasatnya sebagai kes orang hilang sehinggalah pembunuhan kejam Sosilawati terbongkar kerana kedua-dua mangsa dipercayai menemui peguam yang sama, katanya.
Petikan Berita Harian
read more...

Berita Panas:Tawar Khidmat Sex

Lelaki tawar khidmat seks berkeliaran di Jalan Raja Laut

KUALA LUMUR: Kegiatan ‘Money Boy’ atau lelaki yang menawarkan khidmat seks kepada golongan sejenis di sekitar ibu negara masih berleluasa apabila mereka kini menjadikan kawasan kaki lima sekitar Jalan Raja Laut untuk ‘memancing’ pelanggan melakukan seks songsang.

Walaupun beberapa tahun lalu kegiatan itu didedahkan media, tetapi golongan itu didapati masih menjalankan kegiatan terkutuk itu. Modus operandi dijalankan ialah Money Boy akan melepak sekitar kaki lima Jalan Raja Laut bermula dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hingga ke kawasan sekitar Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara jam 9 malam dan 2 pagi sambil menunggu kereta yang akan berhenti di kaki tepi jalan. Golongan itu yang berumur antara 20 hingga 30 tahun akan datang ke kereta yang berhenti di tepi jalan dan menjalankan aktiviti tawar menawar sebelum mereka dibawa ke rumah sendiri atau hotel murah sekitar Kuala Lumpur.


Seorang pengunjung di Dataran Merdeka, Mohd Ilham Mohd Nor, 27, berkata kegiatan songsang itu sukar dikesan kerana kebanyakan Money Boy kelihatan seperti mereka yang menunggu kenderaan awam atau melepak bersama rakan di kawasan itu.


Katanya, pada mulanya dia agak hairan kerana ramai lelaki melepak di kawasan itu seperti menunggu bas sedangkan kebanyakan orang ramai menjadikan kawasan Dataran Merdeka untuk melepak.


“Selepas diberitahu rakan, baru saya tahu kebanyakan mereka terdiri daripada pengamal seks sejenis yang dikenali Money Boy.

“Sepatutnya kegiatan seperti ini dibendung hingga ke akar umbi supaya ia tidak menjadi barah dalam masyarakat,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Sharif Ahmad Nazri Sharif Nordin, 25, berkata dia berharap pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dapat mengambil tindakan tegas agar masalah seks sejenis tidak terus berleluasa.


“Beberapa tahun lalu kes hubungan seks songsang ini pernah dibongkar sebuah stesen televisyen tetapi kini kegiatan itu didapati masih berterusan.


“Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan aktiviti seks songsang ini dapat dibendung,” katanya. 

Petikan Berita Harian
read more...

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA

Dah lama betul aku tak update blog kedua aku ni...Dah ramai sangat blogger yang dah tak ada..Aku akan update list nanti secepat mungkin.Aku harap jangan ada kawan-kawan yang berkecil hati yer.

Sempena hari baik bulan baik ni,aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan2 blogger atau sesiapa sahaja yang termasuk secara tak sengaja ke blog ke 2 aku ni.Jangan berpura-pura terlupa atau buat-buat lupa atau lupa dengan sengaja sebab besok memang kita dah kena puasa.Kalau nak curi-curi makan tu,baik jangan puasa yer.

Aku nak ubah background blog ni tak lama lagi.Bila aku ada kelapangan aku akan ubah secara sikit-sikit.Banyak sangat benda yang klasik dalam blog ni.Apa-apapun,just tinggalkan nama korang kat bahagian komen dan aku akan add nama korang dengan bila aku free.

P/S:Thanx kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong blog aku.
read more...

Friday, March 12, 2010

Background

Hari ni aku dah tukar background.Tapi masalah sekarang,photobucket aku tiba2 takleh nak upload gambar,background ni pun aku pinjam kat page lain.Kalau dia remove,aku pun dah tak leh guna...
Apasal la photobucket tiba2 problem..
read more...

Saturday, March 6, 2010

Steps Buddy

Ini merupakan blog kedua mr black_mel yang akan digunakan untuk test dan try coding2 html,new template dan jugak merupakan blog untuk black_mel frenz list.So,kalau saper2 nak di listkan dalam ni,sila la tinggalkan komen.
Sila berkunjung ke blog utama untuk cerita dan pengalaman.KlikSINI
read more...